Thursday, November 19, 2015

Sesi Q & A : Soalan daripada Saudari Mei Ting Loy


Adakah penggunaan kata kunci diberi markah?

Cikgu Lim Bee Bee:

1. Nilai (1m) + Kata kunci (0m) + Kesan / Sebab (1m) + Contoh (1m)

2. Penggunaan kata kunci tidak diberi markah.

Wednesday, November 18, 2015

Sesi Q & A : Cara Menjawab Soalan "Huraikan Nilai"



Nilai + Huraian + Contoh

Sesi Q & A : Soalan daripada Saudara Lim WP



Contoh Jawapan Murid:
Saya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar (1m). Saya akan sentiasa menjaga dan memelihara alam sekeliling untuk memastikan keseimbangan ekosistem (0m). Saya akan mengelaskan barangan buangan yang boleh dikitar semula (1m) dan menghantar ke pusat kitar semula (1m). Contohnya, saya menghantar surat khabar lama ke pusat kitar semula setiap minggu sekali (1m). Saya juga menanam barangan buangan yang tidak dapat dikitar semula di tempat yang disediakan (1m) dan melupuskan barangan buangan yang tidak boleh dikitar semula dengan cara yang berkesan (1m). 

Selain itu, saya juga mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dan alam sekitar (0m). Saya akan menjaga alam sekeliling demi mengekalkan keseimbangan ekosistem (1m) kerana saya percaya bahawa hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekitar dapat menjamin kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar (0m). Oleh itu, saya akan mengurangkan penggunaan barangan yang berkemungkinan akan menjejaskan alam sekitar (1m). Saya juga tidak akan membeli barangan yang akan mencemarkan dan merosakkan alam sekitar (UJ). 

Saya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar (1m). Saya akan sentiasa mengambil berat terhadap masalah alam sekitar (1m) dan berusaha menanganinya (1m). Oleh itu, saya akan sentiasa mengaplikasikan 5R iaitu fikir balik ( rethink ), perbaiki ( repair ), guna semula ( reuse ), kurangkan ( reduce ) dan kitar semula ( recycle ) (0m). Contohnya, saya akan mengguna semula barangan yang seperti tayar untuk dijadikan bangku yang seperti sofa kecil (1m). 


Sesi Q & A : Soalan daripada Murid Chun Jing Tai (3)



Cadangan Jawapan:
Bertanggungjawab  (1m). Kerajaan Malaysia dan negara yang terlibat untuk menyelesaikan masalah pemerdagangan manusia patut menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh agar mengatasi aktiviti haram ini daripada berlaku (1m). Rasional (1m). Mereka perlu mengambil tindakan yang berkesan untuk menjaga imej negara dengan menghalang kemasukan sindiket pemerdagangan manusia (1m).

Tuesday, November 17, 2015

Sesi Q & A : Soalan daripada Murid Chun Jing Tai (2)



Cadangan Jawapan:
Saya berasa bangga (1m). Nilai bertanggungjawab perlu diamalkan (1m). Sebagai rakyat, kita wajar memahami konsep Komuniti ASEAN apabila negara kita diumum sebagai tuan rumah (1m). Contohnya, kita harus memastikan matlamat bahawa merapatkan hubungan mesra antara negara anggota pertubuhan itu dicapai (1m). Rakyat Malaysia  patut melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang relevan supaya bersedia membabitkan diri dalam kegiatan ASEAN (1m).

Anugerah Komitmen Cemerlang Hal Ehwal Murid




Selamat Maju Jaya, Mira




Sesi Q & A : Cara Mengira Markah untuk 3 Soalan Esei



Sesi Q & A : Penggunaan Kata Kunci dan Maksud Nilai




Monday, November 16, 2015

Sesi Q & A : Soalan daripada Murid Eirene Chan Yu Ling



Cadangan Jawapan:
Saling membantu dan bekerjasama (1m). Masyarakat memainkan peranan yang agak penting dalam usaha bersama-sama mengatasi kes pemerdagangan orang supaya tidak menjejaskan imej negara kita (1m). Masyarakat hendaklah melaporkan kes ini kepada pihak yang berkuasa sekiranya mendapati kegiatan haram tersebut dijalankan (1m). Masyarakat perlulah berganding bahu untuk menghalangkan kes pemerdagangan orang daripada terus berlaku sehingga mengancam keselamatan negara (1m). 

Sesi Q & A : Soalan daripada Murid Chun Jing Tai (1)



Cadangan Jawapan:
Toleransi penting ditanam dalam hati setiap individu (1m). Keharmonian dalam sebuah masyarakat majmuk dapat diwujudkan sekiranya rakyat bersikap sabar dan tenang dalam pergaulan seharian (1m). Contohnya, rakyat dapat mengeratkan hubungan dan memahami cara hidup masing-masing dengan menyertai aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan (1m). Rakyat juga perlu bersikap liberal dan menghormati kaum lain (1m). Contohnya, rakyat patut mengelak sebarang perasaan negatif terhadap kaum lain (1m).

Saturday, November 14, 2015

Isu Perbincangan Tahun 2015


  • ASEAN
  • 1 Malaysia
  • Dasar Berkecuali
  • Demonstrasi Haram
  • Disiplin
  • GST
  • Jerebu
  • Keruntuhan Akhlak
  • Keselamatan Jalan Raya
  • Lari dari Rumah
  • Media Sosial
  • Pemanasan Global
  • Pembuangan Bayi
  • Pencemaran Sungai
  • Penderaan
  • Rasuah
  • Semangat Patriotik
  • Semangat Satu Visi Satu Identiti Satu Komuniti
  • Sukan
  • Tokoh Negara
  • Tragedi Pesawat

Sesi Q & A : Penggunaan Nilai-nilai Murni yang Sesuai dalam Soalan Esei






 










Sesi Q & A : Cara Menuliskan Akta


 

Sesi Q & A : Penghafalan Definisi




Murid digalakkan supaya memberikan jawapan yang lengkap.

Contoh A:
1. Berikan maksud nilai untuk Rasional.
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan wajar.

Bagi murid yang gagal memberikan definisi lengkap, cuba sedaya upaya menuliskan jawapan dalam bentuk kata kunci. Jangan putus asa.

Contoh B:
1. Berikan maksud nilai untuk Rasional.
Boleh berfikir dan bertindak wajar.

Terima Kasih Mempercayai Laman Blog Pendidikan Moral



Terima Kasih Mempromosikan Laman Blog Pendidikan Moral



Saturday, November 7, 2015

Sesi Q & A : Penggunaan Perkataan "Nilai" di Depan Nilai



Sila rujuk contoh berikut:
 
(1) Nilai Rasional (1m)

(2) Rasional (1m)

(3) Kita patut mengamalkan nilai Rasional (1m)

(4) Rasional perlu kita amalkan (1m)

(5) Dalam situasi ini, kita perlu mengamalkan Rasional (1m)

(6) Nilai rasional (1m)
 

Friday, November 6, 2015

Sesi Q & A : Soalan Esei yang Bertanyakan Langkah-langkah



Sekurang-kurangnya 1 nilai diperlukan untuk soalan yang bertanyakan langkah-langkah. Adalah tidak salah sekiranya tidak menulis nilai. Akan tetapi, markah penuh yang diperuntukkan hanya 9m.

Sesi Q & A : Kekeliruan Pengunaan Kata Kunci dalam Soalan Struktur



Sila rujuk contoh berikut:

Contoh 1:
Nilai (1m)

Contoh 2:
Nilai + Kata Kunci (1m)

Contoh 3:
Nilai + Huraian (2m)

Contoh 4:
Nilai + Kata Kunci + Huraian (2m)

Contoh 5:
Nilai + Huraian + Contoh (3m)

Contoh 6:
Nilai + Kata Kunci + Huraian + Contoh (3m)

Sesi Q & A : Cara Menulis Jawapan untuk Soalan Struktur



Menjawab terus di ruang yang telah disediakan dalam soalan struktur seperti berikut:                                   
(i) _________________                  
(ii) _________________
(iii) _________________

Sesi Q & A : Teknik Terkini untuk Menjawab Soalan Pendidikan Moral



Sila rujuk http://limbeebee.blogspot.my/2015/05/teknik-menjawab-soalan-pendidikan-moral.html

Sesi Q & A : Cara Menulis Huraian



Sila rujuk contoh berikut:
Contoh 1 : Kita belajar dengan bersungguh-sungguh. (Baik)

Contoh 2 : Kita belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. (Cemerlang)

Sesi Q & A : Kata Kunci dalam Huraian



Penggunaan kata kunci TIDAK diperlukan. Tidak salah sekiranya menulis.