Saturday, November 12, 2016

Selamat Menjawab Kertas Pendidikan Moral 1225/1






Sesi Q & A : Soalan daripada Emily Ting


Cikgu, benarkah bahawa kalau soalan jenis terangkan/huraikan/jelaskan nilai tak boleh tulis kata kunci anymore? kalau ikut format watak+ kata kunci+ situasi+ contoh hanya dapat 1 markah sahaja. Harap cikgu dapat membantu saya sebab Im very confused right now, tq.

Tq cikgu. Nak tanya satu lagi, kalau esei juga x blh guna kata kunci betul?
Dan if esei didnt ask for nilai can we write nilai as ans?

Tq for helping.

Jawapan
Ya. Betul. Kurang digalakkan penggunaan kata kunci dalam soalan struktur dan soalan esei.Bagi soalan esei yang tidak bertanyakan nilai, sekurang-kurangnya satu nilai ditulis. 

Sesi Q & A : Soalan daripada Ten Jia Yee (2)


Thank u teacher.. hmm one more thing, we elaborate with our own thoughts plus kata kunci for the nilai is it? 

Jawapan
Kata kunci (0m)
Kata kunci + Huraian (1m)
Huraian (1m)

Sesi Q & A : Soalan daripada Cikgu Fonny


- JELASKAN DUA TINDAKAN YANG HARUS DIAMALKAN OLEH PEMAJU.
- JELASKAN DUA ETIKA YANG DIAMALKAN OLEH  SYARIKAT AFAH.
- HURAIKAN DUA SIKAP YANG DITUNJUKKAN OLEH IBU ALI.

Pertanyaan saya: soalan seperti di atas,adakah masih boleh jawab guna NILAI MORAL atau wajib kena jawab tindakan/ etika/ sikap?Disebab soalan huraikan nilai telah diganti dengan * sikap,etika,amalan,tindakan..*Terima kasih ya.

Jawapan
Nilai. Watak + Huraian terhadap isu (v) ataupun Watak + Huraian + Contoh (v)

Sesi Q & A : Soalan daripada Liz Cheong




Adakah teknik menjawab soalan struktur saya betul?

Ya.

Sesi Q & A : Soalan daripada SMK Sungai Pelek


Kalau soalan itu tanya "Jelaskan tindakan yang patut diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak berdasarkan nilai-nilai murni yang telah anda pelajari", maksud tu saya kena buat esei dengan menggunakan "nilai+huraian+contoh"? Bagaimanakah caranya untuk masukkan nilai dalam soalan ini?

Jelaskan tindakan yang patut diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah keruntuhan moral dalam kalangan anak-anak berdasarkan nilai-nilai murni yang telah anda pelajari.

Jawapan
Nilai + Huraian + Contoh

Kasih sayang terhadap keluarga. Ibu bapa patut meluangkan masa untuk menemani anak-anak supaya memahami masalah mereka agar tidak terjerumus dalam masalah keruntuhan akhlak. Contohnya, ibu bapa bersembang-sembang dengan anak apabila menonton televisyen pada waktu lapang. 

Sesi Q n A : Soalan daripada Yoong Jia Tong


1. For structure, if the question ask "Terangkan tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk....", then we suppose to write the "tindakan + huraian" only or we need to write "nilai + tindakan + huraian" or "nilai + tindakan + contoh"? I feel that the huraian and tindakan just alike.

2. For essay, we suppose to write in a perenggan?

3. For essay, if the question ask a question like "Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh.....berdasarkan nilai-nilai...", then we need to write "Nilai + Huraian + Contoh" for every point?

4. For essay, if the question ask "Jelaskan kebaikan....", shall we write nilai or just the kebaikan and huraian and contoh?

Jawapan
1. Tulis tindakan, huraian, contoh. Semua adalah diterima.

2. Cadangan saya, tuliskan esei anda dalam satu perenggan. Sekiranya banyak perenggan, markah tidak ditolak. Jangan risau.

3. Kurang memahami soalan anda.

4. Huraian dan contoh.

Sesi Q & A : Soalan daripada Ten Jia Yee (1)


Hi, Cikgu Lim, I want to ask about if let says they give you 4 marks. First, I write down the nilai. Example, nilai rasional. After that do I need to use the kata kunci for nilai rasional to elaborate my sentence? Or just elaborate it with my thought?

Jawapan
Tulis huraian berdasarkan pendapat dan pandangan anda sendiri.

Thursday, November 3, 2016

Isu Perbincangan Tahun 2016

Isu

ASEAN
Barangan buatan Malaysia
Bencana alam
Dasar Luar Negara
Gejala sosial
GST
Hak pengguna
Kebajikan pekerja
Kegiatan demonstrasi 
Kejayaan OKU
Keluarga bahagia
Kepentingan air
Kepupusan flora dan fauna
Keselamatan jalan raya
Ketagihan merokok
Konsep 1 Malaysia
Patriotisme
Pelancongan
Pembangunan negara
Pembuangan bayi
Pencemaran alam sekitar
Penderaan
Pengurusan masa
Perancangan masa depan
Perpaduan kaum
Program 5R
Rasuah
Remaja cemerlang
Sekolah Lestari
Sukan
Sumbangan wanita
Tokoh negara
Warga emas

Peranan
  • ·       FELDA
  • ·       FOMCA
  • ·       GREENPEACE
  • ·       JAS
  • ·       KOMANWEL
  • ·       MERCY
  • ·       NAM
  • ·       NGO
  • ·       OIC
  • ·       PBB
  • ·       PEMADAM
  • ·       PERHILITAN
  • ·       PERKESO
  • ·       PLKN
  • ·       SPRM
  • ·       SUHAKAM
  • ·       SUKMA
  • ·       UNICEF
  • ·       WHO
  • ·       WWF
  • ·       ZOPFAN
  • ·       Semua akta dalam sukatan pelajaran