Tuesday, December 4, 2018

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 14


M/S 211

Peperangan juga ada batasannya. Bersetujukah anda?
Setuju. Peperangan yang tiada batasan akan banyak mengorbankan nyawa dan menimbulkan krisis kemanusiaan antarabangsa.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 218

1. Apakah perasaan anda tentang tindakan negara X? Jelaskan.
Saya berasa sedih tentang tindakan negara X. Ini kerana negara X telah bertindak kejam dan zalim terhadap negara jirannya.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Tindakan negara X menyerang negara jirannya adalah tidak wajar. Mengapa?
Ya, tidak wajar. Negara X perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan tanpa sebarang pengecualiaan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Jelaskan kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam konflik di atas.
Kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam konflik di atas ialah keamanan dan keharmonian sesebuah negara akan tergugat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 13


M/S 195

Apakah tanggungjawab anda dalam mengekalkan tradisi gotong-royong dalam masyarakat majmuk?
Bagi mengekalkan tradisi gotong-royong dalam masyarakat majmuk, saya giat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut sebagai tanda sokongan.


(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 200

1. Apakah tradisi dalam masyarakat majmuk yang diamalkan di Sarawak?
Salah satu tradisi dalam masyarakat majmuk yang diamalkan di Sarawak merupakan pengirih iaitu budaya saling membantu dalam kalangan anggota komuniti.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Apakah kepentingan tradisi pengirih kepada tuan rumah yang menganjurkannya?
Tradisi pengirih ini dapat memudahkan kerja, meringankan beban dan menyiapkan kerja tuan rumah yang menganjurkannya dalam tempoh yang lebih singkat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Apakah persamaan antara tradisi pengirih dengan tradisi gotong-royong?
Persamaan antara tradisi pengirih dengan tradisi gotong-royong ialah kerja yang dijalankan adalah beramai-ramai tanpa diberikan sebarang bayaran atau ganjaran.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Sekiranya anda diminta untuk melibatkan diri dalam tradisi pengirih, apakah yang boleh anda lakukan?
Sekiranya saya diminta untuk melibatkan diri dalam tradisi pengirih, saya boleh menyediakan makanan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

5. Apakah kesan sekiranya tradisi pengirih diabaikan oleh masyarakat Sarawak?
Indentiti dan budaya masyarakat Sarawak mungkin akan semakin lenyap.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 12


M/S 179

Bagaimanakah anda mengamalkan kebebasan bersuara?
Saya mengamalkan kebebasan bersuara dengan menyuarakan pendapat saya melalui saluran yang betul.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 184

1. Adakah anda bersetuju dengan perbuatan Anis? Berikan alasan anda.
Tidak setuju. Perbuatan Anis yang menghantar maklumat palsu dan menyebarkan fitnah adalah salah di sisi undang-undang.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Jelaskan perasaan anda terhadap perbuatan Anis.
Kecewa. Perbuatan Anis ini bukan sahaja mencetuskan pergaduhan tetapi juga akan menjejaskan imej diri.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Ramalkan kesan jika Anis terus bersikap demikian
Anis terpaksa berdepan dengan dakwaan atau hukuman penjara.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Apakah akta yang boleh digunakan atas kesalahan yang dilakukan oleh Anis? Jelaskan.
Akta yang boleh digunakan atas kesalahan Anis merupakan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 iaitu bagi sesiapa yang bersalah dalam menyebarkan fitnah atau maklumat palsu akan dikenakan hukuman yang setimpal.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 11


M/S 163

Bagaimanakah anda boleh membantu pihak polis menghindari jenayah kanak-kanak?
Saya akan mematuhi peraturan sekolah dan mengakuri undang-undang negara agar tidak terjerumus dalam jenayah kanak-kanak.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 168

1. Apakah perasaan anda apabila membaca situasi di atas?
Saya berasa sedih dan kecewa apabila membaca situasi di atas.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Pada pendapat anda, wajarkah remaja yang terlibat dengan perbuatan jenayah kanak-kanak dikenakan tindakan undang-undang? Jelaskan.
Wajar. Remaja yang terlibat dalam perbuatan jenayah kanak-kanak patut dikenakan tindakan undang-undang supaya mereka insaf akan kesalahan mereka.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Anda mendapati rakan anda terlibat dengan jenayah kanak-kanak. Apakah nasihat yang patut anda berikan?
Saya akan menasihati rakan saya supaya menjauhkan diri daripada perbuatan jenayah dan kembali ke pangkal jalan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 169

1. Wajarkah Tony dan Mathew bertindak sedemikian terhadap Thomas? Berikan alasan anda.
Tidak wajar. Sikap Tony dan Mathew telah menyakitkan hati serta mengganggu emosi Thomas.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Pada pendapat anda, apakah faktor yang menyebabkan perbuatan buli berlaku di sekolah?
Faktor pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang menyebabkan perbuatan buli berlaku di sekolah.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Ramalkan perkara yang akan berlaku sekiranya tiada tindakan yang dikenakan terhadap kedua-dua orang remaja tersebut.
Kedua-dua orang remaja akan mengulangi kesalahan yang sama sekiranya tiada sebarang tindakan akan dikenakan terhadap mereka.


(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

1. Apakah pandangan anda terhadap sikap Calvin? Jelaskan.
Calvin merupakan seorang murid yang berfikiran matang dan rasional. Dia tahu membezakan kebaikan dan keburukan serta memastikan diri tidak terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Mengapakah Calvin berupaya menolak ajakan Joseph?
Ajakan Jeseph merupakan sesuatu perbuatan jenayah yang salah di sisi undang-undang dan juga akan menjejaskan masa hadapan Calvin.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Andaikan anda rakan Calvin, bagaimanakah anda memberikan sokongan kepada Calvin supaya kekal dengan pendiriannya itu?
Sebagai rakan Calvin, saya memuji kebijaksanaan Calvin kerana dia berani untuk menolak ajakan Joseph yang melanggari undang-undang.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 10


M/S 147

Adakah saya mengamalkan tingkah laku beradab?
Ya. Saya mengamalkan tingkah laku beradab dengan menggunakan perkataan yang sopan dan mematuhi etika pakaian dalam kehidupan seharian.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 152

1. Wajarkah perlakuan yang ditunjukkan oleh watak-watak di atas?
Tidak wajar. Perlakuan yang ditunjukkan oleh watak-watak di atas adalah tidak beradab. Kita harus peka dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam setiap majlis yang dihadiri.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh kedua-dua watak semasa menghadiri majlis tersebut?
Kedua-dua watak ini patut menghormati dan mengutamakan kepentingan adab semasa menghadiri majlis.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Mengapakah anda perlu beradab ketika menghadiri majlis?
Kita perlu beradab ketika menghadiri majlis supaya tidak menimbulkan sebarang kesan negatif sehingga menjatuhkan imej sendiri.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 9


M/S 131

Apakah tanggungjawab sosial anda sebagai anggota masyarakat?
Sebagai anggota masyarakat, saya perlu membuat keputusan demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan masyarakat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 137

1. Nyatakan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh penduduk Kampung Sri Melur.
Penduduk Kampung Sri Melur telah melaksanakan tanggungjawab sosial dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh JKKK Sri Melur agar menjayakan semua aktiviti.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Terangkan kepentingan tanggungjawab sosial yang telah dilaksanakan oleh penduduk kampung tersebut.
Penduduk kampung tersebut telah melaksanakan tanggungjawab sosial demi menjamin tahap kesihatan para penduduk.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Apakah sebab golongan remaja perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.
Golongan remaja perlu melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan supaya mewarisi budaya dan semangat positif penduduk kampung Sri Melur.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 8


M/S 115

Bagaimanakah anda boleh membantu mengekalkan bumi hijau?
Saya mengamalkan amalan konsep 3R iaitu kurangkan, guna semula dan kitar semula dalam kehidupan supaya mengekalkan bumi hijau.


(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 121

1. Senaraikan amalan yang boleh dilakukan bagi mengelakkan penggunaan beg plastik.
Beg mesra alam dapat digunakan untuk menggantikan penggunaan beg plastik.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Huraikan kepentingan menghentikan penggunaan beg plastik.
Penggunaan beg plastik perlu dihentikan untuk mengurangkan pencemaran sisa pepejal.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Cadangkan idea inovatif bagi mengurangkan penggunaan beg plastik dalam usaha mengekalkan bumi hijau.
Menghasilkan bahan yang mudah terurai untuk menggantikan beg plastik agar mengekalkan bumi hijau.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Jelaskan perasaan anda sekiranya amalan tidak menggunakan beg plastik berjaya dipraktikkan.
Gembira. Saya dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar tanpa menggunakan beg plastik.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 7


M/S 99

Bagaimanakah anda dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam?
Saya dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dengan menyuarakan pendapat secara ikhlas melalui saluran yang betul tentang mutu perkhidmatan awam yang diterima.


(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)


M/S 104

1. Jelaskan kebaikan piagam pelanggan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Perhutanan Sabah kepada masyarakat.
Piagam pelanggan dapat dijadikan sebagai panduan dan sasaran untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Perhutanan Sabah kepada masyarakat.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Berikan idea baharu bagi menambah baik kualiti Jabatan Perhutanan Sabah.
Proses membuat aduan dan permohonan lesen dapat dijalankan dengan penggunaan laman sesawang supaya menjimatkan masa dan tenaga.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 6


M/S 83

Apakah peranan anda dalam memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk?
Saya menghormati agama, budaya dan cara hidup rakan-rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum agar memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.


(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 

M/S 88

1. Jelaskan nilai yang diamalkan oleh penduduk PPR Sri Mawar.
Nilai Toleransi. Penduduk PPR Sri Mawar saling memahami dan hidup dengan harmoni.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Bincangkan cara hidup bersatu padu yang diamalkan oleh penduduk PPR Sri Mawar.
Penduduk PPR Sri Mawar giat melibatkan diri dan memberikan kerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan program persatuan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Huraikan kepentingan amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di PPR Sri Mawar.
Amalan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di PPR Sri Mawar dapat mengekalkan keharmonian dalam komuniti.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Berdasarkan situasi di bawah, cadangkan cara menyelesaikan cabaran perpaduan kaum.
Kita perlu mengambil kira perasaan penduduk lain dengan tidak melakukan perbuatan yang menimbulkan perselisihan sehingga mencetus perpecahan kaum.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 5


M/S 67

Indahnya persahabatan tanpa konflik. Anda bagaimana?
Saya menghargai persahabatan dengan menghindari konflik.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 75

1. Nyatakan jenis konflik dalam persahabatan yang terdapat dalam situasi di atas.
Jenis konflik dalam persahabatan yang terdapat dalam situasi di atas ialah konflik personaliti.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Mengapakah konflik antara Marwin dengan Shahzan perlu diselesaikan? Jelaskan.
Konflik antara Marwin dengan Shahzan perlu diselesaikan bagi mengelakkan tekanan perasaan yang tidak diingini.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Andaikan anda ialah Marwin, bagaimanakah konflik tersebut dapat diselesaikan?
Andaika saya ialah Marwin, saya akan bersemuka dan mengadakan rundingan dengan Shahzan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Jelaskan perasaan anda sekiranya dapat menyelesaikan konflik yang berlaku dalam persahabatan.
Saya berasa gembira disebabkan konflik tersebut dapat diselesaikan dengan baik dan tidak akan berpanjangan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 4


M/S 51

Setiap keluarga mempunyai tradisi kekeluargaan. Apakah tradisi kekeluargaan keluarga anda?
Saya menyambut perayaan di kampung bersama-sama datuk, nenek dan anggota keluarga.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 57

1. Apakah kepentingan mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam setiap gambar di atas?
Tradisi kekeluargaan dalam upacara perkahwinan tersebut perlu dikekalkan agar mewarisi tradisi kekeluargaan dari generasi ke generasi. Selain itu, tradisi kekeluargaan ini dapat meneruskan identiti kekeluargaan.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Jelaskan keistimewaan mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam sesuatu kaum.
Keistimewaan mengekalkan tradisi kekeluargaan dalam sesuatu kaum ialah tradisi tersebut dapat dihargai dan terpelihara.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 3


M/S 35

Segulung ijazah melambangkan kebestarian diri. Bersetujukah anda?
Tidak setuju. Selain ilmu pengetahuan, seseorang pelajar perlu mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan harian serta mempunyai disiplin dalam membentuk kebestarian diri supaya dapat menunjukkan penampilan diri yang positif.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 41

1. Mengapakah Mei Hwa dan Charan menghadapi masalah dengan kawan-kawan?
Mei Hwa dan Charan menghadapi masalah dengan kawan-kawan berkemungkinan besar disebabkan cara berkomunikasi yang kurang selesa serta kecenderungan untuk mempercayai berita yang tidak benar tentang diri sendiri.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Sekiranya anda ialah Mei Hwa atau Charan, bagaimanakah anda meningkatkan kebestarian diri?
Saya akan mula mengenali diri dan berinteraksi dengan orang di sekeliling secara positif.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 42

1. Bincangkan ciri kebestarian diri yang ditunjukkan oleh Tuan Syed Kamarudin.
Tuan Syed Kamarudin menjalani latihan sukan secara bersungguh-sungguh dan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan dalam bidang sukan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Huraikan kepentingan Tuan Syed Kamarudin membentuk kebestarian diri.
Kepentingan Tuan Syed Kamarudin membentuk kebestarian diri adalah untuk menjadi seorang insan yang berwawasan dan selalu memajukan diri.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Bagaimanakah anda boleh mencontohi sikap kebestarian diri Tuan Syed Kamarudin? Jelaskan.
Saya dapat mencontohi sikap berdaya maju dan tidak mudah berputus asa daripada Tuan Syed Kamarudin. Ini dapat membantu saya untuk menjadi seorang insan yang berjaya.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 2


M/S 19

Bagaimanakah anda menghargai anugerah alam ciptaan Tuhan di dasark laut?
Saya akan memberi kesedaran tentang kepentingan mengekalkan ekosistem marin demi kelangsungan hidupan marin dan melindungi spesies di dasar laut kepada anggota keluarga dan rakan-rakan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 25

1. Wajarkah kegiatan penyeludupan tersebut dibiarkan terus berlaku? Berikan pendapat anda.
Tidak wajar. Kegiatan penyeludupan yang berterusan akan mencetuskan masalah kepupusan serius pelbagai jenis hidupan liar.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Jelaskan perasaan anda sekiranya anugerah alam ciptaan Tuhan ini terus diseludup.
Saya berasa sedih. Generasi yang akan datang berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk melihat binatang yang semakin pupus.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Mengapakah terdapat pihak yang sanggup menjalankan kegiatan penyeludupan haiwan?
Mereka sanggup menjalankan kegiatan penyeludupan haiwan demi pulangan yang lumayan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Apakah tindakan yang wajar dilakukan sekiranya aktiviti penyeludupan haiwan berlaku di kawasan anda?
Saya akan melaporkan aktiviti tersebut kepada pihak yang berkuasa.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)


Aktiviti Penyelupan hidupan liar






Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 1


M/S 2

Bagaimanakah anda membuat pilihan bermoral?
Saya akan membuat pilihan bermoral dengan berdasarkan tiga domain, iaitu penaakulan moral (pemikiran), emosi moral (perasaan) dan perlakuan moral (tingkah laku). Saya juga akan memastikan pilihan bermoral yang dibuat adalah mengikut ajaran agama dan kepercayaan serta mematuhi peraturan dan undang-undang.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 9

1. Huraikan pilihan bermoral yang akan diambil oleh watak dalam setiap situasi di atas.

Situasi 1
Sebagai Wai Poh, saya akan mengulang kaji pelajaran saya sebelum hari Jumaat. Saya akan meminta kebenaran daripada ibu untuk menghadiri majlis persaraan pengetua.

Situasi 2
Sebagai Larry Limbang, saya akan menolak cadangan sahabat dengan sopan. Saya akan berterus-terang dengan sahabat bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi akauntan.

Situasi 3
Sebagai Chong, saya akan menangguhkan tawaran biasiswa pengajian dahulu. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ayah yang sakit.

Situasi 4
Sebagai Krishnan, saya akan menasihati Alan untuk mengubah sikap yang sengaja ponteng sekolah. Saya akan memaklumkan guru kelas sekiranya Alan tidak berubah.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Andaikan anda berada dalam situasi di atas, apakah perasaan anda jika berjaya membuat pilihan bermoral? Berikan alasan anda.
Bangga. Saya dapat membuat pilihan bermoral dengan memastikan setiap pilihan bermoral adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang serta memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Sebagai seorang murid, apakah pilihan bermoral yang akan anda aplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat?
Saya akan meningkatkan hubungan kerjasama dan melahirkan sikap hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah agar dipandang tinggi oleh masyarakat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 10

Pilihan sekolah harian

  •     Meluahkan masa dengan keluarga
  •     Membantu adik dalam pelajaran
  •     Mempunyai kawan rapat
  •     Kehidupan yang selesa
  •     Bebas menghadiri tuisyen

Pilihan sekolah berasrama penuh

  •     Kemudahan yang lengkap
  •     Hidup dengan berdikari
  •     Mengutamakan disiplin
  •     Pemakanan yang teratur
  •     Menjimatkan perbelanjaan

1. Nyatakan kepentingan sekiranya anda memilih salah satu pilihan bermoral tersebut.
Saya akan berasa tenang dan dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pilihan yang telah saya buat tersebut.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Bincangkan keperluan anda membuat pilihan bermoral berdasarkan situasi di atas.
Berdasarkan situasi di atas, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan menjamin masa hadapan yang baik semasa membuat sesuatu pilihan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 

3. Andaikan anda ialah Amelita, apakah perasaan anda apabila membuat pilihan yang terbaik dalam situasi tersebut?
Saya berasa lega dan gembira setelah membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)


Wednesday, November 21, 2018

Contoh Soalan SPM : Maksud Nilai


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral

Maklumat Lanjutan: Modul Soalan Struktur


Ingatan Mesra
Definisi (v)
Kata Kunci (v)
Huraian berdasarkan Kata Kunci (v)

Cadangan Jawapan
Kebebasan berucap (1m) Bersuara mengikut undang-undang (1m)

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Contoh Soalan SPM : Maksud Nilai berdasarkan Situasi


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral

Maklumat Lanjutan: Modul Soalan Struktur

 

Ingatan mesra:
Definisi (x)
Kata Kunci (x)
Huraian berdasarkan isu (v) 

Cadangan Jawapan
Melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penderaan (1m). Memastikan kanak-kanak membesar dengan baik (1m).

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 

Sunday, November 18, 2018

Topik Perbincangan SPM Tahun 2018


Kerjaya remaja
Konflik remaja
Remaja berhemah

Keluarga harmoni
Kepincangan keluarga

Kelestarian alam sekitar
Pengasingan bahan sisa
Teknologi hijau

Kejayaan negara
Perpaduan
Program Kemasyarakatan
Tanggungjawab rakyat

Hak pengguna
Hak wanita

Adab persahabatan
Masalah sosial
Peraturan sekolah
Sekolah selamat

Etika dan undang-undang siber
Penyebaran berita palsu 
Saluran aduan 
Urusniaga atas talian

Dasar luar negara
ASEAN

Gaya hidup sihat
Integriti
Ketagihan gajet
Masyarakat penyayang

Agama dan kepercayaan
Kemudahan awam 
Pilihan raya 

Wednesday, November 7, 2018

Contoh Soalan SPM : Kesan Ketagihan Gajet


Soalan Struktur Pendidikan Moral


Cadangan Jawapan
(i) Menghadapi masalah kesihatan.
(ii) Membazirkan masa
(iii) Menjejaskan hubungan kekeluargaan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Tuesday, November 6, 2018

Contoh Soalan SPM : Cara Meningkatkan Kerjasama dengan Negara Jiran


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral


Cadagan Jawapan
(i) Mengadakan lawatan ke negara jiran. Contohnya, melibatkan diri dalam perjumpaan secara rasmi dan tidak rasmi di negara jiran.

(ii) Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi. Contohnya, menjalankan aktiviti perdagangan iaitu import dan eksport.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Monday, November 5, 2018

Contoh Soalan SPM : Cara Pengiktirafan Sumbangan Wanita


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral


Cadangan Jawapan
(a)
(i) Rasional
(ii) Menghormati hak wanita

(b)
Pihak kerajaan patut memberikan anugerah kepada golongan wanita yang banyak memberikan sumbangan dalam pembangunan negara. Contohnya, gelaran datuk dan pingat darjah kebesaran. Pihak kerajaan perlulah memberikan ganjaran kepada mereka. Contohnya, hadiah, wang tunai dan bonus.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Sunday, November 4, 2018

Contoh Soalan SPM : Amalan Kitar Semula


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral


Contoh Jawapan Murid
(i) Membuang bahan buangan ke dalam tong kitar semula untuk diolah semula.
(ii) Mengitar semula surat khabar dan majalah lama untuk dijadikan kertas baru.

Saturday, November 3, 2018

Contoh Soalan SPM : Kegiatan Kokurikulum


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral


Contoh Jawapan Murid 
(i) Bertanggungjawab. Kumar harus giat melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum supaya memupuk daya kepimpinan diri.
(ii) Kerajinan. Kumar patut mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah supaya mempunyai gaya hidup yang sihat. 

Thursday, November 1, 2018

Soalan Esei : Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Sungai



Contoh Jawapan Murid
Bertanggungjawab. Rasional. Menyayangi dan menghargai alam sekitar. Orang ramai harus menghentikan perbuatan membuang sampah ke dalam sungai supaya mengelakkan air sungai daripada tercemar. Orang ramai perlu melaporkan kes pencemaran sungai kepada pihak yang berkuasa seperti JAS supaya dapat mengenakan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mencemari air sungai. Orang ramai digalakkan untuk menyertai kempen kesedaran tentang kepentingan sungai supaya bersama-sama menjaga kebersihan sungai.

Sunday, October 28, 2018

Soalan Esei : Penganiayaan Kanak-kanak



Contoh Jawapan Murid
Bertanggungjawab. Rasional. Melindungi hak kanak-kanak. Agensi-agensi tersebut patut menjaga hak kanak-kanak demi kesejahteraan hidup mereka. Contohnya, pihak polis boleh membawa kes penderaan kanak-kanak ke mahkamah untuk pendakwaan. Agensi-agensi tersebut perlu menghulurkan bantuan yang segera kepada kanak-kanak yang didera. Contohnya, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat harus menempatkan mangsa di rumah kebajikan semasa siasatan dijalankan. Agensi-agensi tersebut hendak mengendalikan kes penderaan ini secara adil tanpa memihak sesiapa agar memastikan keselamatan dan nyawa kanak-kanak terpelihara. Agensi-agensi tersebut wajar memastikan kanak-kanak dijauhi daripada sebarang penderaan dan kecederaan supaya dapat hidup dengan sempurna. Agensi-agensi tersebut patut mengadakan kempen kesedaran henti penderaan kanak-kanak agar meningkatkan penyertaan anggota masyarakat dalam aktiviti pencegahan tentang penderaan kanak-kanak.

Soalan Esei : Taman Laut



Contoh Jawapan Murid
Bertanggungjawab. Rasional. Peka terhadap isu-isu alam sekitar. Kerajaan hendaklah memberikan perlindungan kepada flora dan fauna akuatik. Kerajaan ingin mengurus habitat hidupan akuatik agar membaikpulih habitat semula jadi spesies akuatik yang terancam. Kerajaan memainkan peranan untuk mengelakkan kepupusan hidupan akuatik supaya generasi yang akan datang dapat melihat kesemua spesies hidupan laut. Kerajaan perlulah mengalakkan kajian dan penyelidikan saintifik tentang hidupan laut. Kerajaan juga ingin menerapkan kefahaman dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan taman laut.

Tuesday, October 23, 2018

Perbincangan dalam Kumpulan bagi Calon Pendidikan Moral Tahun 2018




Kumpulan ini hanya terbuka untuk bakal calon yang menduduki SPM Tahun 2018. Harap usaha ini dapat meningkatkan pencapaian Pendidikan Moral dengan cemerlang. 

Sila klik https://t.me/joinchat/BMIFAEjJIaRLRTEuWvxxWw

Wednesday, October 10, 2018

Contoh Soalan SPM : Pemanasan Global


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral

 1. Nyatakan dua punca berlakunya penipisan ozon. (2 markah)
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________

2. Terangkan dua aktiviti harian manusia yang mengakibatkan pemanasan global. (4 markah)
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________

3.  Jelaskan dua nilai yang patut diamalkan oleh negara-negara maju untuk memastikan isu pemanasan global dapat dikawal. (4 markah)
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________ 


Cadangan Jawapan
 1
(i) Penggunaan bahan kloroflorokarbon (CFC) (1m).
(ii) Pelepasan gas nitrogen oksida (1m).

2
(i) Pembakaran secara terbuka (1m). 
(ii) Pelepasan asap dari kilang (1m).

3. 
(i) Bertanggungjawab (1m). Negara-negara maju perlu mencari tenaga alternatif untuk menangani isu pemanasan global (1m).
(ii) Rasional (1m). Negara-negara maju harus meningkatkan kesedaran masyarakat dunia tentang kesan pemanasan global (1m).

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 

Monday, September 24, 2018

Contoh Soalan SPM : Kesan-kesan Gejala Sosial Remaja


Contoh Soalan Struktur Pendidikan  Moral

Nyatakan kesan-kesan gejala sosial remaja. (3 markah)

(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________

Cadangan Jawapan  
(i) Masa hadapan remaja menjadi gelap (1m).
(ii) Membahayakan keselamatan diri (1m).
(ii) Mencemari imej keluarga (1m).

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Friday, September 21, 2018

Contoh Soalan SPM : Punca-punca Gejala Sosial Remaja


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral

Nyatakan punca-punca berlakunya gejala sosial remaja. (3 markah) 
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

Teknik Menjawab 1
Kepincangan institusi keluarga (Fakta)(1m). Kelemahan diri remaja (Fakta)(1m). Pengaruh negatif media massa (Fakta)(1m).

ATAU

Teknik Menjawab 2
Kepincangan institusi keluaga (Fakta)(1m) Ibu bapa jarang meluangkan masa untuk menemani anak-anak (Huraian)(1m). Contohnya, ibu bapa terlalu sibuk untuk mengejarkan kebendaan (Contoh)(1m).

ATAU

Teknik Menjawab 3
Remaja mudah terpengaruh oleh rakan sebaya yang negatif (Huraian)(1m). Remaja lebih mengutamakan hiburan daripada pelajaran (Huraian)(1m). Perasaan ingin tahu dan ingin mencuba telah mendorong remaja untuk melakukan kesalahan (Huraian)(1m).

Terima mana-mana jawapan yang munasabah

Sila klik Contoh Soalan Strukur

Thursday, August 23, 2018

Program "Sharing is Caring"




Suatu program "sharing is caring" telah berlangsung sehingga awal Oktober untuk mewujudkan koleksi kertas soalan peperiksaan percubaan SPM Pendidikan Moral tahun 2018 agar dikongsi bersama.

Bagi guru yang berminat boleh menghantar kertas soalan peperiksaan percubaan SPM dalam bentuk soft copy/ gambar melalui telegram @Bibi1080 atau emel:
wivien_trey@hotmail.com.

Bagi guru yang ingin mengambil bahagian tetapi tidak mempunyai kertas soalan peperiksaan percubaan adalah digalakkan untuk membina item yang semirip.

Guru yang menyertai program ini akan diberi pautan link untuk mengakses koleksi soalan yang berjaya dikumpul tersebut.

Ribuan terima kasih kepada guru yang telah memberikan sokongan.

Berharap agar usaha ini dapat memudahkan kerja guru untuk mendapatkan kesemua kertas soalan peperiksaan percubaan SPM tahun 2018.

Terima kasih.

Thursday, August 16, 2018

Contoh Soalan SPM : Teknologi dan Keluarga


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral



1. Nyatakan perasaan anda setelah melihat situasi di atas. (3 markah)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Terangkan peranan ibu bapa dalam mengekalkan keharmonian keluarga pada zaman siber ini. (4 markah)
(i)_______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(ii)_______________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

3. Berikan kesan buruk penggunaan teknologi tanpa sempadan terhadap sesebuah institusi keluarga berdasarkan satu nilai murni yang telah anda pelajari. (3 markah)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________ 
________________________________________________________________________

Sila klik Contoh Soalan Struktur

Wednesday, August 15, 2018

Contoh Soalan SPM : Tak Nak Vape


Contoh Soalan Struktur Pendidikan Moral



 1. Penggunaan rokok elektronik (Vape) dalam kalangan remaja semakin menjadi-jadi. Selain bertanggungjawab, terangkan dua nilai yang perlu diamalkan oleh remaja. (2 markah)

(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________

Cadangan Jawapan
(i) Rasional
(ii) Harga diri

2. Jelaskan peranan pihak sekolah dalam usaha membanteras penggunaan vape dalam kalangan murid. (4 markah)
(i) ___________________________________________________________________
(ii) ___________________________________________________________________

Cadangan Jawapan
(i) Mengetatkan peraturan sekolah. Mengenakan hukuman yang berat terhadap murid yang menggunakan vape di kawasan sekolah.
(ii) Mengadakan kempen "Tak Nak Vape". Memberikan kesedaran tentang keburukan menghisap vape dalam kalangan murid.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Ramalkan implikasi sekiranya remaja terus menghisap vape. (2 markah)
 _____________________________________________________________________

Cadangan Jawapan
Menjejaskan kesihatan. Menjatuhkan imej diri.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Anda mendapati rakan anda sedang menghisap vape di tangga sekolah. Jelaskan tindakan anda. (2 markah)
______________________________________________________________________

Cadangan Jawapan
Saya akan melaporkan kes ini kepada guru disiplin. Saya akan menegur rakan saya supaya menghentikan perbuatan menghisap vape.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

Sila klik Contoh Soalan Struktur