Monday, June 1, 2015

Soalan Esei : Pembuangan Bayi


Sumber gambar : Internet


Contoh Jawapan Murid
Tidak wajar (1m). Nilai rasional (1m). Ibu bapa perlu memikirkan kesan buruk pembuangan bayi kepada bayi tersebut (1m). Ibu bapa juga perlu bertindak dengan menghargai nyawa bayi itu (1m). Nilai bertanggungjawab (1m). Ibu bapa mestilah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa dengan membela anak mereka dengan penuh kasih sayang (1m). Ibu bapa juga perlu mengamalkan tugas mereka supaya bayi itu mempunyai kehidupan sempurna (1m). Nilai kasih sayang (0m). Ibu bapa harus peka terhadap keperluan anak itu (1m). Ibu bapa juga mesti mempunyai rasa simpati terhadap anaknya itu (1m).

MUAT TURUN : Modul Esei 1 dan Contoh Jawapan Murid

Cadangan:

1 Nilai + 9 Huraian atau lebih = 10 Markah
2 Nilai + 8 Huraian atau lebih = 10 Markah
3 Nilai + 7 Huraian atau lebih = 10 Markah

19 comments:

  1. Terima kasih atas perkonsian cikgu Lim.
    Soalan berdasarkan model esei 1:
    1. Adakah calon perlu menjawab nilai? Jika ya, berapakah nilai maksimum?
    2. Kata kunci tidak perlu ditulis lagi sebab nilai =kata kunci?
    3. Boleh tak cikgu Lim bagi satu contoh untuk menulis hujah2 ? dan tolong terangkan juga macam mana nak tulis hujah yang boleh mendapat markah penuh.

    Really appreciate .
    TQ

    ReplyDelete
  2. 1. Bagi skema permarkahan Tahun 2015 ini, 3 nilai diperlukan.
    2. Kata kunci hanya diberi markah sekiranya diubahsuaikan.
    3. Contoh: Rasional. (N1) Pihak kerajaan boleh berfikir. (0m) Pihak kerajaan dapat berfikir jauh tentang langkah-langkah untuk mencegah kes rasuah ini. (1m)


    Hope it's help.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cikgu Lim.
      Soalan:
      1.Adakah contoh masih perlu dihuraikan selepas huraian kata kunci?
      Contohnya, kerajaan akan mengetatkan undang-undang dan mengenakan tindakan seperti penjara terhadap mereka yang memberi rasuah dan pihak yang menerima rasuah.
      (Cikgu Lim, huraian di atas diberi berapa markah?)

      2. Soalan akta perlu tulis tahun tak? kalau tidak ada tahun, calon masih dapat markah penuh tak?


      TQ

      Delete
  3. 1. Nilai (3m) Huraian (7m)
    Kerajaan akan mengetatkan undang-undang (1m) dan mengenakan tindakan (1m) seperti penjara terhadap mereka yang memberi rasuah dan pihak yang menerima rasuah (1m)

    2. Ya. Tahun perlu ditulis dalam senarai akta. Akan tetapi masih terikat dengan skema Lembaga Peperiksaan. Perlu dikemaskinikan setiap tahun.

    ReplyDelete
  4. 1. mengenakan tindakan yang berat (dicadangkan)

    ReplyDelete
  5. Cikgu Lim , terima kasih banyak atas perkongsian.

    1. Bagaimanakah untuk menjawab soalan struktur/mini esei yang
    memperuntukkan 5 markah? Apakah skema yang dikehendaki?
    Tolong bagi sedikit panduan.

    2. Mengenai soalan yang bertanyakan pengajaran, calon boleh menjawab nilai tak?
    Sila bagi sedikit penerangan.

    TQ so much. God bless.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Sila memberikan contoh yang lebih spesifikasi.

      2. Bagi soalan esei yang bertanyakan pengajaran, alasan, cara dan sebagainya, TIGA nilai wajib diberikan. Sekiranya semua merupakan huraian tanpa sebarang nilai, markah tetap diberi. Akan tetapi, markah maksimum merupakan 9m.

      Delete
  6. Hai , jumpa lagi cikgu Lim.
    Contoh soalan :
    Sebagai anak,Ivan mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Berikan maksud nilai tersebut. (2M)
    Jawapannya :
    definisi nilai shj?
    atau
    mesti ada penerangan/huraian
    atau
    jika calon tidak ingat definisi tetapi memberi penerangan (kata kunci & isu) huraian. Adakah ini diberi markah?

    TK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu Chong,

      Soalan definisi dan maksud nilai tidak ditanya lagi sejak tahun 2013.

      Delete
  7. Terima kasih cikgu Lim.
    Saya bimbang sekiranya ia keluar soalan yang sebegini. Apakah jawapannya?
    (jawapan yang diberi ialah bukan definisi tetapi penerangan /huraian nilai)
    itu yang menyebabkan saya keliru.

    Jawapan saya ialah definisi/maksud nilai. betul tak?
    (akan tetapi jawapan yang diberi adalah penerang/huraian)

    mana satu yang betul?

    Thanks.




    ReplyDelete
  8. Cikgu Chong,


    Sekiranya bertanyakan maksud nilai, skema jawapannya biasa akan diberikan definisi ataupun kata kunci.

    Sekiranya bertanyakan huraian atau penerangan, murid perlu memberikan huraian yang berkaitan dengan isu petikan tersebut.

    Contoh soalan :
    Sebagai anak,Ivan mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Berikan maksud nilai tersebut. (2M)

    Jawapan: (Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga) untuk (melahirkan keluarga bahagia), (meningkatkan imej) dan (menjaga maruah keluarga).

    Harap membantu.

    Sekirannya memerlukan bantuan saya untuk memberikan ceramah kepada anak murid cikgu, sila hubungi sekolah saya.

    ReplyDelete
  9. Cikgu Lim,

    Thanks for your offer.

    Really appreciate it. For now im still can handle. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Glad to know. Anything just drop me a message. Will try my best.

      Delete
    2. Sure..Thanks a lot..wish u all the best

      Delete
  10. Hi teacher! I was wondering, what do you mean when you say if we use kata kunci markah=0? How do we mengubah suai the kata kunci?
    Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gerald Henry,

      Contoh:

      Rasional. (1m). Aimin boleh berfikir dan bertindak wajar. (0m)
      Nilai = Kata Kunci = 1m


      (Rasional). (1m) (Aimin dapat membuat keputusan supaya tidak melibatkan diri dalam jenayah). (1m)
      Nilai + Huraian = 2m

      Delete
  11. And teacher how do we jawab essay which says berikan alasan/cara/punca when they say BERDASARKAN NILAI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Format:
      3 Nilai + 7 Huraian = 10m
      2 Nilai + 8 Huraian = 10m
      1 Nilai + 9 Huraian = 10m
      10 Huraian = 9m

      Berikan 5 tindakan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sekirannya mendapati anak mereka melakukan jenayah.

      Contoh: 1 Nilai + 9 Huraian
      Tanggungjawab terhadap keluarga. Ibu bapa patut meluangkan masa untuk menemani anak mereka. Ibu bapa harus..... Ibu bapa perlu....
      (10m)

      Bagi format yang 2 Nilai + 8 Huraian atau 3 Nilai + 7 Huraian, nilai-nilai boleh ditulis serentak pada permulaan ayat:

      Tanggungjawab terhadap keluarga. Rasional. Ibu bapa patut meluangkan masa untuk menemani anak mereka. Ibu bapa harus..... (10m)


      Harap membantu.

      Delete