Thursday, November 23, 2017

Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia




1. Huraikan sikap positif yang boleh dijadikan asas kepada prinsip-prinsip moral.
  • Menjalankan tanggungjawab diri dengan bersungguh-sungguh supaya menjamin kesejahteraan hidup
  • Mempunyai pemikiran yang positif dan rasional supaya tahu membezakan perbuatan yang benar dan buruk
  • Bersikap jujur dan mempunyai semangat kekitaan agar membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman
  • Mematuhi peraturan dan undang-undang supaya hidup dengan baik serta melakukan kebaikan bersama tanpa mementingkan diri sendiri
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Bincangkan kepentingan sikap tersebut bagi membentuk insan bermoral.
  • Melahirkan masyarakat yang matang agar mengelakkan pertelingkahan
  • Membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama
  • Melahirkan rakyat yang produktif dan berkualiti
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

12 comments:

  1. Cgu. .. Sy perlukan contoh format atau ujian utk tingkatan 2 moral. .sy agak keliru

    ReplyDelete
  2. Tiada contoh format yang tertentu untuk ujian. Bina item ikut tahap kesesuaian murid.

    ReplyDelete
  3. Cikgu,saya perlukan cth norma masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk buku teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 atau buku rujukan Instrumen Standard KSSM Pendidikan Moral Tingkatan 2 (Ilmu Bakti). Selamat mencuba.

      Delete
  4. Cikgu, saya perlukan adat resam dan pantang larang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adat resam
      Undang-undang atau hak yang tidak bertulis dalam sesebuah masyarakat dan diamalkan secara turun-temuran sejak sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang.

      Pantang larang
      Kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun.

      Delete
  5. This is so helpful for me. This help mw to finished my homework. Thank you so much😊🥰

    ReplyDelete