Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 |
1. Wajarkah tindakan remaja tersebut memfitnah rakannya? Mengapa?
Tidak wajar. Tindakan remaja tersebut adalah salah. Perbuatan fitnah remaja tersebut akan membawa kesan negatif sehingga menjejaskan maruah dan imej rakannya.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Jika anda merupakan mangsa dalam situasi tersebut, apakah tindakan anda untuk mengatasi masalah tersebut?
Saya akan memberitahu ibu bapa dan berjumpa dengan guru kaunseling supaya dapat menghentikan fitnah tersebut.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Apakah etika yang patut dipatuhi oleh semua pihak agar kejadian tersebut dapat dihentikan?
Kita tidak harus menimbulkan sebarang konflik dengan menyebarkan fitnah atau tuduhan yang tidak benar kepada orang lain. Kita juga tidak patut menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihan.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
good article
ReplyDeleteYou just save my live ;) Thanks
ReplyDeleteThank you teacher
ReplyDelete