Saturday, October 24, 2015

Soalan Esei : Konsep Gagasan 1Malaysia


Sumber gambar : Internet

Jelaskan lima kebaikan Konsep Gagasan 1 Malaysia yang diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan budaya dengan berdasarkan nilai-nilai murni yang dipelajari. (10m)

Contoh Jawapan Murid
Nilai hidup bersama secara aman (1m). Rakyat Malaysia akan lebih mengenali budaya dan cara hidup antara satu sama lain kerana Gagasan Satu Malaysia menggalakkan orang bergaul walaupun terdiri daripada pelbagai kaum (1m). Hal ini membolehkan mereka lebih memahami antara satu sama lain (1m). Mereka akan lebih mudah hidup dengan orang lain walaupun perbezaan kaum dan budaya (1m). Selain itu, konsep Gagasan Satu Malaysia juga membentuk masyarakat penyayang (1m). Nilai toleransi (1m). Rakyat Malaysia akan bertolak ansur antara satu sama lain kerana Gagasan Satu Malaysia memupuk masyarakat bersatu padu dan bekerjasama (1m). Mereka akan menerima bangsa lain yang berbilang kaum dan menghormati tindakan mereka walaupun bertentangan dengan cara hidup sendiri (1m). Hal ini turut dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham berlaku (1m).Selain itu, kewujudan sikap perpaduan akan mendorong rakyat yang berbilang kaum bekerjasama dalam apa-apa bidang (1m). Mereka turut akan membantu memajukan ekonomi negara (1m). Secara tidak langsung, mereka menyumbang tenaga kepada kemajuan negara supaya menjadi lebih pesat (1m). Di samping itu, Gagasan Satu Malaysia dapat meningkatkan imej negara di mata dunia (1m). Negara-negara lain akan menyanjung negara kita disebabkan budaya perpaduan dan bersatu padu dalam kehidupan (1m). Negara-negara lain turut ingin bekerjasama dengan negara kita dalam pelbagai bidang seperti bidang ekonomi dan pelaburan (1m). Pelancong asing akan lebih selesa dan yakin untuk berkunjung ke negara kita yang lebih selamat dan harmoni (1m). 

No comments:

Post a Comment