Saya mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar (1m). Saya akan sentiasa menjaga dan memelihara alam sekeliling untuk memastikan keseimbangan ekosistem (0m). Saya akan mengelaskan barangan buangan yang boleh dikitar semula (1m) dan menghantar ke pusat kitar semula (1m). Contohnya, saya menghantar surat khabar lama ke pusat kitar semula setiap minggu sekali (1m). Saya juga menanam barangan buangan yang tidak dapat dikitar semula di tempat yang disediakan (1m) dan melupuskan barangan buangan yang tidak boleh dikitar semula dengan cara yang berkesan (1m).
Selain itu, saya juga mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dan alam sekitar (0m). Saya akan menjaga alam sekeliling demi mengekalkan keseimbangan ekosistem (1m) kerana saya percaya bahawa hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekitar dapat menjamin kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar (0m). Oleh itu, saya akan mengurangkan penggunaan barangan yang berkemungkinan akan menjejaskan alam sekitar (1m). Saya juga tidak akan membeli barangan yang akan mencemarkan dan merosakkan alam sekitar (UJ).
Saya mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar (1m). Saya akan sentiasa mengambil berat terhadap masalah alam sekitar (1m) dan berusaha menanganinya (1m). Oleh itu, saya akan sentiasa mengaplikasikan 5R iaitu fikir balik ( rethink ), perbaiki ( repair ), guna semula ( reuse ), kurangkan ( reduce ) dan kitar semula ( recycle ) (0m). Contohnya, saya akan mengguna semula barangan yang seperti tayar untuk dijadikan bangku yang seperti sofa kecil (1m).
No comments:
Post a Comment