Saturday, November 12, 2016

Sesi Q & A : Soalan daripada Emily Ting


Cikgu, benarkah bahawa kalau soalan jenis terangkan/huraikan/jelaskan nilai tak boleh tulis kata kunci anymore? kalau ikut format watak+ kata kunci+ situasi+ contoh hanya dapat 1 markah sahaja. Harap cikgu dapat membantu saya sebab Im very confused right now, tq.

Tq cikgu. Nak tanya satu lagi, kalau esei juga x blh guna kata kunci betul?
Dan if esei didnt ask for nilai can we write nilai as ans?

Tq for helping.

Jawapan
Ya. Betul. Kurang digalakkan penggunaan kata kunci dalam soalan struktur dan soalan esei.Bagi soalan esei yang tidak bertanyakan nilai, sekurang-kurangnya satu nilai ditulis. 

19 comments:

  1. Cikgu, soalan yang tidak bertanyakan nilai, contohnya soalan setujukah anda dan berikan tiga alasan anda... Macam mana kita mulakan jawapan?
    Betulkah mcm ini..

    -Setuju/tidak setuju.
    -Isu/watak ..alasan1..
    -Huraian
    -Huraian
    -huraian(backup)
    -..alasan2..
    -huraian
    .
    .
    -..alasan3..
    .
    .
    -huraian(backup)
    -alasan4+3huraian(backup)
    -alasan5(backup)

    Kalau soalan seperti ini.. macam mana kita mahu masukkan nilai sebagai jawapan?

    Is it like

    Watak haruslah mengamalkan nilai rasional... Huraian1/2/3.

    Nilai max. yg boleh dijadikan jwp utk soalan yg tdk bertanyakan nilai adalah berapa?



    ReplyDelete
    Replies
    1. Setujukah anda dan berikan tiga alasan anda

      Setuju. 3 Nilai. Watak (Saya) + 7 Huraian ke atas

      atau

      Setuju. 2 Nilai. Watak (Saya) + 8 Huraian ke atas

      atau

      Setuju. 1 Nilai. Watak (Saya) + 9 Huraian ke atas

      atau

      Tidak setuju.

      Delete
    2. Terima kasih, cikgu. Cikgu boleh bagi contoh jawapan tak? Supaya saya tidak keliru.

      Contohnya, Ali lari dari rumah. Setujukah anda dgn tindakan Ali dan berikan tiga alasan anda.

      Tidak setuju. Ali sepatutnya mengamalkan nilai rasional. Dia harus fikir masak-masak sebelum bertindak begitu. Dia harus menyedar bahawa tindakan lari dari rumah boleh mengundang banyak keburukan. Contohnya, dia mungkin akan diculik. Tindakannya akan menimbulkan kebimbangan ibu bapanya. Selain itu, dia haruslah mengamalkan nilai bertanggungjawab. Dia haruslah menanggung tugas sebagai seorang anak dengan baik. Sebagai anak, Ali perlulah bertindak wajar supaya tidak menyedihkan ibu bapanya. Contohnya, dia tidak sepatutnya melarikan diri dari rumah. Sebaliknya, dia perlulah berbincang dengan ibu bapanya tentang masalah yang dihadapi. Seterusnya, Ali perlu mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga. Dia perlu mengasihi keluarganya seperti menatang minyak yang penuh. Dia perlulah mengetahui bahawa ibu bapanya telah membesarkannya dgn susah payah. Dia tidak boleh membalas jasa ibu bapa dgn lari dari rumah. Dia perlulah tahu bahawa lari dari rumah bukanlah penyelesaian yg terbaik.

      Cikgu, betulkah mcm ni?

      Maksud cikgu adalah apa2 soalan.. kita perlu menjawab dgn 3nilai+>7huraian?

      Delete
  2. Dia harus fikir masak-masak sebelum bertindak begitu. (Umum)

    Dia harus berfikir tentang kesan buruk dan akibat sekiranya bertindak untuk lari dari rumah.

    ReplyDelete
  3. Dia harus menyedar bahawa tindakan lari dari rumah boleh mengundang banyak keburukan. (Umum)

    Dia harus menyedari bahawa tindakan lari dari rumah boleh mengundang banyak keburukan terhadap imej diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Dia haruslah menanggung tugas sebagai seorang anak dengan baik. (Umum)

    Dia haruslah menjalankan tugas sebagai seorang anak yang baik iaitu menjaga maruah keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu. Saya akan bagi jawapan yg lebih specific nanti dlm spm. :)

      Delete
  5. Maksud cikgu adalah apa2 soalan.. kita perlu menjawab dgn 3nilai+>7huraian?

    Ya. Betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu , macam soalan ni kan , jelaskan dua nilai yang terdapat dalam soalan ni . Nak Tulis Macam mana ? 2 nilai dam dua huraian ke ?

      Delete
  6. Terima kasih, cikgu.

    1. Jadi soalan apa yang kita tidak boleh menulis nilai sebagai jawapan?

    2. Sekiranya soalan seperti cadangkan lima cara.

    Adakah format jwpnya adalah seperti:
    5cara+5huraian?

    3. Perlukah kita hafal definisi utk tahun ini?

    4. Utk soalan yg meminta 5cara.. bolehkah cara kita seperti..
    - watak haruslah mengamalkan nilai..(cara1)
    .
    .
    .
    -watak haruslah mengamalkan nilai..(cara5)


    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tiada
      2. 5 Cara + 5 Huraian = 9m
      1 Nilai + 5 Cara + 5 Huraian = 10m
      3. Definisi boleh dijawab dengan idea sendiri
      4. Boleh

      Delete
    2. Cikgu, sekiranya soalannya adalah seperti cadangkan beberapa cara memelihara alam sekitar dlm kalangan rakyat.

      Adakah jwp seperti ini okay?

      Rakyat perlulah mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar. Rakyat perlu memainkan peranan sendiri dlm mengelakkan diri melakukan perbuatan yg boleh mencemarkan alam sekitar. Contohnya , rakyat tidak boleh membakar sampah secara terbuka. Hal ini demikian kerana pembakaran terbuka akan menyebabkan pencemaran udara. Selain itu, rakyat perlulah mengamalkan nilai keharmonian antara manusia dengan alam sekitar. Rakyat perlulah sentiasa memastikan alam sekitar adalah dlm keadaan bersih. Alam sekitar yg bersih akan membawa keharmonian dlm kehidupan rakyat. Contohnya, rakyat perlulah mengutip sampah dan membuangnya ke dlm tong sampah sekiranya mendapati ada sampah di atas lantai. Seterusnya, rakyat perlu mengamalkan nilai kemapanan alam sekitar. Rakyat perlu memastikan alam sekeliling sentiasa berada dlm keadaan yg seimbang atau tdk tercemar. Adalah menjadi tanggungjawab mereka utk melakukan kitar semula utk mengekalkan keseimbangan alam sekitar. Contohnya, mereka boleh mengumpul surat khabar dan menghantar ke pusat kitar semula. Dengan ini, kurang pokok akan ditebang utk menghasilkan kertas baharu. Bukan itu sahaja, rakyat perlu mengamalkan nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Rakyat haruslah menanam sikap minat terhadap hal-hal berkenaan dgn alam sekitar supaya digelar sbg pencinta alam. Rakyat tdk septutnya buat pura-pura sekiranya ada org melakukan perbuatan yg boleh mencemarkan alam sekitar. Contohnya, mereka perlu membuat laporan kpd pihak berkuasa jika mendapati ada org melakukan pencemaran. Akhir sekali, rakyat perlu mengamalkan nilai rasional. Mereka perlu bertindak segera utk mengekalkan kebersihan alam sekitar utk generasi akan datang. Sikap cinta akan alam sekitar perlu dipasak dlm jiwa diri sendiri supaya alam sekitar akan dijaga dgn baik. Contohnya, mereka boleh menghadiri dlm kempen Cintai akan Sungai.

      Cikgu, adakah jwp seperti ini ok? Tetapi jwp ni mengandungi 5nilai..
      Tadi cikgu mengatakan nilai max. sehingga 3 sahaja. Mcm mana cikgu? Terima kasih cikgu.

      Delete
    3. Ya. Tahniah. Jawapan yang diberi agak cemerlang. Cuma huraian yang sama elak diulangi.

      Delete
    4. Terima kasih cikgu. Tetapi cikgu kata (3N+>7H) utk semua soalan esei.. jadi jwp di atas itu ada 5nilai(5cara).. 2nilai yg berlebihan tdk dikira markah? Bolehkah cikgu cuba memberi markah utk jwp di atas itu? Cikgu tolong saya.. supaya saya tidak keliru dan boleh cemerlang dlm exam nanti. Terima kasih cikgu.

      1) boleh cikgu sediakan saya format jwp selain 3N+>7H?

      2) sekiranya soalan struktur bertanyakan cara(4m).. kita juga menulis nilai sbg jwp?

      Seperti ini?
      Watak+nilai1. Huraian(1/2/3)
      Watak+nilai2. Huraian(1/2/3)

      3) cikgu, sekiranya pelajar tulis byk jwp,adakah baik atau buruk?

      Terima kasih cikgu.

      Delete
    5. 1.
      1N + >9H
      2N + >8H

      2.
      4 Cara
      3 Cara + 1 Huraian
      2 Cara + 2 Huraian
      1 Cara + 3 Huraian

      3. Baik

      Delete
    6. Bolehkah cikgu buat pemarkahan berdasarkan jwp tersebut?

      Delete
  7. Hai Pn Lim... Boleh datang bagi ceramah teknik menjawab moral SPM tak pada 5.4.2017 waktu pagi.
    TQ
    pls email kat chong6895@yahoo.com

    ReplyDelete