Tuesday, April 18, 2017

Adab dan Undang-undang siber

Perisian Penapis Laman Sesawang
Sistem penapisan laman sesawang merupakan satu sistem yang dapat mengelakkan atau menghalang pengguna daripada mencapai atau memuat turun bahan-bahan yang tidak sesuai. Apabila sesuatu sistem penapisan dihidupkan, pengguna tidak dapat memasuki laman-laman yang tidak sihat.

Pelbagai perisian penapisan yang efektif telah digunakan di sekolah bertujuan untuk mengelakkan golongan kanak-kanak dan remaja didedahkan kepada perkara-perkara yang negatif.


Melalui perisian penapis, peratusan mereka untuk mencapai halaman web yang berunsur negatif amatlah rendah.


Perisian AdFender



AdFender merupakan sebuah perisian yang percuma untuk menyekat iklan di laman sesawang. Perisian ini dapat menjaga privasi pengguna semasa melayari Internet.

Perisian Anti-Virus (AVG)



AVG merupakan sebuah perisian yang percuma untuk menapiskan sebarang virus atau program jahat yang mengancam komputer dan privasi pengguna semasa melayari Internet.

Perisian Avast



Avast merupakan sebuah perisian yang percuma untuk menghapus virus yang menganggu sistem komputer dan menjaga privasi pengguna semasa melayari Internet.

Perisian Avira



Avira merupakan sebuah perisian yang percuma untuk memeriksa setiap fail dokumen yang dibuka dan ditutup supaya mengkuaratin virus semasa pengguna melayari Internet.

Perisian Malwarebytes




Malwarebytes merupakan sebuah perisian yang percuma untuk menghapus dan menyingkirkan virus dengan cepat semasa pengguna melayari Internet.

K9 Web Protection 



K9 Web Protection merupakan sebuah perisian yang percuma untuk berfungsi sebagai penyaringan infromasi di Internet dan parental control.

Naomi Internet Filter



Naomi Internet Filter merupakan sebuah perisian yang percuma untuk digunakan sebagai lapisan perlindungan di mana memiliki analisis heuristik terhadap informasi di Internet.


Rujukan:
Portal Rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia
Klik dengan Bijak
Etika Penggunaan Komputer dan Isu Perundangan
Buli Siber
Penyebaran Maklumat Palsu
Penipuan Internet
Berkongsi Secara Berlebihan di Internet
Malaysia ICT Volunteer
Mobile e-waste

No comments:

Post a Comment