Wednesday, April 25, 2018

Sesi Q & A : Sambutan Hari Bumi


Ini contoh jawapan murid saya 

(Soalan berkaitan Sambutan Hari Bumi)

Soalan: Terangkan 2 nilai yang diamalkan oleh masyarakat yang menyambut Hari Bumi? (4m)                                                               
Jawapan murid: 
Nilai kemampanan alam sekitar. Masyarakat hendaklah sentiasa memelihara alam sekitar dengan mengamalkan amalan mengitar semula barangan. Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar. Masyarakat prihatin akan masalah alam sekitar melibatkan diri dengan aktiviti menanam pokok sempena sambutan hari bumi.                                       

(Tolong cikgu bagi markah utk jawapan anak murid saya ini ☺️🙏🏻)

Jawapan
Nilai kemampanan alam sekitar (0m). Masyarakat hendaklah sentiasa memelihara keseimbangan alam sekitar (1m) dengan mengamalkan amalan mengitar semula barangan (1m). Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar (1m). Masyarakat prihatin akan masalah alam sekitar melibatkan diri dengan aktiviti menanam pokok sempena sambutan hari bumi (1m).     

Jumlah markah: 3m   

No comments:

Post a Comment