Tuesday, December 4, 2018

Pendidikan Moral Tingkatan 3_Unit 1


M/S 2

Bagaimanakah anda membuat pilihan bermoral?
Saya akan membuat pilihan bermoral dengan berdasarkan tiga domain, iaitu penaakulan moral (pemikiran), emosi moral (perasaan) dan perlakuan moral (tingkah laku). Saya juga akan memastikan pilihan bermoral yang dibuat adalah mengikut ajaran agama dan kepercayaan serta mematuhi peraturan dan undang-undang.
 

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 9

1. Huraikan pilihan bermoral yang akan diambil oleh watak dalam setiap situasi di atas.

Situasi 1
Sebagai Wai Poh, saya akan mengulang kaji pelajaran saya sebelum hari Jumaat. Saya akan meminta kebenaran daripada ibu untuk menghadiri majlis persaraan pengetua.

Situasi 2
Sebagai Larry Limbang, saya akan menolak cadangan sahabat dengan sopan. Saya akan berterus-terang dengan sahabat bahawa cita-cita saya adalah untuk menjadi akauntan.

Situasi 3
Sebagai Chong, saya akan menangguhkan tawaran biasiswa pengajian dahulu. Saya akan menjalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menjaga ayah yang sakit.

Situasi 4
Sebagai Krishnan, saya akan menasihati Alan untuk mengubah sikap yang sengaja ponteng sekolah. Saya akan memaklumkan guru kelas sekiranya Alan tidak berubah.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Andaikan anda berada dalam situasi di atas, apakah perasaan anda jika berjaya membuat pilihan bermoral? Berikan alasan anda.
Bangga. Saya dapat membuat pilihan bermoral dengan memastikan setiap pilihan bermoral adalah berlandaskan peraturan dan undang-undang serta memberikan kebaikan kepada diri dan orang lain.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Sebagai seorang murid, apakah pilihan bermoral yang akan anda aplikasikan dalam kehidupan bermasyarakat?
Saya akan meningkatkan hubungan kerjasama dan melahirkan sikap hormat-menghormati dalam kalangan warga sekolah agar dipandang tinggi oleh masyarakat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

M/S 10

Pilihan sekolah harian

  •     Meluahkan masa dengan keluarga
  •     Membantu adik dalam pelajaran
  •     Mempunyai kawan rapat
  •     Kehidupan yang selesa
  •     Bebas menghadiri tuisyen

Pilihan sekolah berasrama penuh

  •     Kemudahan yang lengkap
  •     Hidup dengan berdikari
  •     Mengutamakan disiplin
  •     Pemakanan yang teratur
  •     Menjimatkan perbelanjaan

1. Nyatakan kepentingan sekiranya anda memilih salah satu pilihan bermoral tersebut.
Saya akan berasa tenang dan dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pilihan yang telah saya buat tersebut.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Bincangkan keperluan anda membuat pilihan bermoral berdasarkan situasi di atas.
Berdasarkan situasi di atas, saya dapat meningkatkan keyakinan diri dan menjamin masa hadapan yang baik semasa membuat sesuatu pilihan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 

3. Andaikan anda ialah Amelita, apakah perasaan anda apabila membuat pilihan yang terbaik dalam situasi tersebut?
Saya berasa lega dan gembira setelah membuat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)


10 comments: