Merujuk maklumat di atas, bagaimanakah anda dapat menjadi seorang remaja yang berjaya dalam kehidupan harian dengan berdasarkan nilai-nilai murni yang anda pelajari. (10m)
Pendekatan TEKNIK A+
Bertanggungjawab. Rasional. Harga diri. Bagi menjadi seorang remaja yang berjaya, saya melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas. Saya memberikan tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Saya juga belajar dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Saya menerima didikan agama agar mempunyai iman yang kuat dan jati diri yang mulia. Ini dapat mengelakkan saya daripada terjerumus dalam gejala sosial. Saya akan memanfaatkan masa lapang dengan menyertai aktiviti riadah yang berfaedah supaya mempunyai gaya hidup yang sihat. Saya juga mendengar tutur kata ibu bapa agar menjadi seorang anak yang baik dan membanggakan mereka. Saya menjaga tingkah laku dengan menghormati orang tua dan guru-guru agar maruah saya terpelihara.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
No comments:
Post a Comment