Friday, March 27, 2020

Pendekatan untuk Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdpC) Subjek Pendidikan Moral

Terdapat pelbagai pendekatan telah diperkenalkan sejak tahun 1960. Antara pendekatan yang telah saya pilih untuk melaksanakan PdpC saya adalah seperti yang berikut:

(a) Pendekatan Pemupukan Nilai
(b) Pendekatan Perkembangan Moral Kognitif
(c) Pendekatan Analisis Nilai
(d) Pendekatan Penjelasan Nilai
(e) Pendekatan Penyayang
(f) Pendekatan Pembelajaran Kooperatif

(a) Pendekatan Pemupukan Nilai
Mengajar murid tentang amalan nilai dalam Pendidikan Moral melalui contoh daripada tokoh-tokoh tempatan, negara dan global.

Albert Einstein

Confucius

Guru digalakkan memberikan pujian sebagai peneguhan positif apabila murid mengamalkan tingkah laku dan akhlak yang baik agar meningkatkan usaha pemupukan nilai.

Peneguhan positif

Guru mengaitkan pengalaman dan keadaan murid dengan menyesuaikan nilai yang dipelajari supaya murid lebih menguasai dan menghayati nilai dalam kehidupan harian.

Menghayati nilai

No comments:

Post a Comment