Thursday, July 2, 2020

Modul Realistik Skor A+ Pendidikan Moral SPM Kegunaan 2020



MODUL INOVASI BERKONSEPKAN GRAFIK
 

Bukan senang untuk kita membuat perubahan.

Dalam modul ini, selain kandungan yang padat saya juga menyelitkan unsur grafik dan bahan rangsangan agar lebih menarik minat murid dalam subjek Pendidikan Moral.

Walaupun modul inovasi ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan murid, tetapi masih terdapat segelintir guru menghantar mesej kepada saya.

Mereka menegur bahawa modul ini hanya sekadar buku mewarna. Modul ini sesama komik. Modul ini membazir wang. Bagi saya, tak kenal maka tak cinta.

Modul inovasi ini sebenarnya dihasilkan setelah menjalankan kajian tindakan dalam kalangan murid. Setiap permintaan murid dalam Malaysia telah saya tunaikan melalui modul ini.

Saya sedar akan saya bukan Guru Cemerlang Guru Pakar yang sehebat tuan-tuan dan puan-puan, apapun saya sanggup mencuba demi kepentingan dan keperluan murid.

Objektif saya hanya satu iaitu memastikan anak murid saya suka dan berminat untuk belajar subjek Pendidikan Moral.

Inilah modul inovasi saya untuk tahun terakhir KBSM Pendidikan Moral. Modul Realistik Skor A+ Pendidikan Moral SPM 2020.
 

Modul yang paling mesra untuk murid.


Cikgu Bibi Lim 02072020

勇于创新改变~
新时代教育工作者必备条件。

No comments:

Post a Comment