Sunday, January 21, 2018

Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 5 Adab Dijaga, Persahabatan Terbela


















Sumber petikan: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2

1. Jelaskan perasaan anda sekirannya mempunyai sahabat seperti sahabat Siow Chin.
Bangga. Saya bersyukur kerana mempunyai sahabat yang sanggup memberikan sokongan moral dan menghulurkan bantuan secara ikhlas kepada saya.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Apakah pengajaran yang diperoleh daripada memoir di atas?
Kita haruslah menghargai dan menghayati kejujuran dan keikhlasan sesesuatu ikatan persahabatan dalam kehidupan.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Pada pendapat anda, mengapakah Siow Chin begitu menyayangi sahabat-sahabatnya?
Sahabat-sahabat Siow Chin menerima beliau dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mereka menghormati dan tidak memandang hina terhadap beliau.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

4. Bagaimanakah cara anda menjalinkan persahabatan yang beradab bersama-sama rakan anda?
Saya mengambil berat dan prihatin terhadap sahabat. Saya melayan sahabat dengan bersopan santun. Saya menggunakan suara yang lembut semasa berkomunikasi dengan sahabat. Saya menjaga hati sahabat tanpa menyinggung perasaannya. Saya menghulurkan bantuan apabila sahabat dalam kesusahan. Saya berkongsi kepedihan dan kesenangan bersama-sama sahabat.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah) 


Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2

1. Jelaskan perasaan anda apabila mempunyai sahabat seperti Vernad.
Kecewa. Vernad sepatutnya menjaga pertuturan dan tingkah laku semasa berinteraksi dengan sahabat agar tidak mencetuskan salah faham yang melukai hati sahabat.  

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Cadangkan cara-cara beradab dalam persahabatan.
  • Mempunyai akhlak yang baik dan bersikap jujur dengan sahabat
  • Menghulurkan bantuan apabila sahabat mengalami kesusahan
  • Memahami perasaan dan menghargai pengorbanan sahabat
  • Memberikan pujian dan motivasi kepada sahabat

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
 
3. Huraikan kepentingan beradab dalam persahabatan.
Kita dapat mengukuhkan ikatan persahabatan dengan rapat dan merasai kebahagian dalam kehidupan dengan kewujudan hubungan persahabatan yang akrab.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

12 comments: