Tuesday, January 2, 2018

Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 4 Tanggungjawab Diri Membentuk Keluarga Bahagia


 


 

Secara berkumpulan, bincangkan perkara yang berikut:
(i) Tindakan anda sebagai anggota keluarga Chew Meng yang bertanggungjawab untuk menangani setiap ciri autisme yang ada pada Chew Meng.

Sebagai anggota keluarga Chew Meng, saya perlu tabah dan bersabar menghadapi masalah Chew Meng dan mempelajari cara-cara untuk berkomunikasi dengannya serta meluangkan masa yang sepenuhnya untuk menemani Chew Meng.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

(ii) Kesan yang berlaku sekiranya anda mengabaikan tanggungjawab kepada Chew Meng.

Sekiranya saya mengabaikan tanggungjawab kepada Chew Meng, keadaan Chew Meng berkemungkinan akan bertambah teruk. Selain itu, ibu bapa juga akan risau akan keadaan Chew Meng. Tanpa pengawasan yang rapi, Chew Meng akan melakukan perkara yang memudaratkan keselamatan diri. Akibatnya, keluarga Chew Meng akan menjadi tidak harmoni.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

(iii) Hasilkan satu brosur yang mengandungi maklumat tentang autisme.
Cara menghasilkan brosur: https://id.wikihow.com/Membuat-Brosur-di-Microsoft-Word





No comments:

Post a Comment