Wednesday, November 1, 2017

Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 6 Jiran Sepakat Membawa Berkat





1. Adakah Encik Lam seorang jiran yang baik? Mengapa?
Encik Lam tidak memainkan peranan sebagai jiran dengan baik dan tidak menunjukkan teladan yang baik untuk anak sendiri kerana Encik Lam memandang rendah terhadap Encik Mok dan tidak membenarkan keluarganya untuk berkawan dengan keluarga Encik Mok akibat faktor kemiskinan.  

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Andaikan anda Encik Mok. Apakah perasaan anda jika mempunyai jiran seperti Encik Lam?
Tenang dan bersabar. Saya tetap akan melayan Encik Lam dan keluarganya dengan sopan dan ikhlas demi kesejahteraan hidup.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Huraikan kebaikan mempunyai jiran seperti Encik Mok.
  •  Mendapat bantuan ketika dalam kesusahan
  •  Menjamin keselamatan tempat tinggal bersama
  •  Memupuk semangat kejiranan
  •  Menjalin hubungan kejiranan yang baik
  •  Menjalani kehidupan dalam suasana yang harmoni
  •  Memupuk semangat perpaduan

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah) 

No comments:

Post a Comment