Wednesday, November 1, 2017

Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 7 Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara






1. Apakah sumbangan anda untuk membantu mangsa bencana alam di atas?
  • Menderma makanan, minuman, pakaian, selimut dan sebagainya untuk mangsa bencana alam.
  • Memberikan semangat dan nasihat untuk menenangkan perasaan mangsa bencana alam.
  • Menghulurkan bantuan kewangan supaya meringankan beban mangsa bencana alam.
  • Menyertai pasukan sukarelawan untuk menyelamatkan mangsa bencana alam.
  • Membekalkan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada mangsa bencana alam.
  • Berdoa untuk mangsa bencana alam.

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)

2. Mengapakah masyarakat perlu menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam tersebut?
  • Meringankan beban dan penderitaan mangsa bencana alam
  • Mengharungi cabaran dan dugaan bencana alam bersama-sama
  • Memulihkan keharmonian negara bersama-sama
  • Mengembalikan kehidupan mangsa bencana alam
  • Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat
  • Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang

(Terima mana-mana jawapan yang munasabah) 

4 comments: