Tuesday, November 28, 2017
Thursday, November 23, 2017
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 3 Tanggungjawab Diri Terlaksana Hidup Makin Bahagia
1. Terangkan cara Darshan melaksanakan tanggungjawab diri dalam sehari.
Darshan bangun awal dan terus mandi. Dia memakai pakaian sekolah dengan kemas baru bersarapan. Dia mencuci cawan dan pinggan selepas makan. Apabila sampai di sekolah, dia menyapu lantai dan menyusun kerusi meja. Pada waktu malam, Darshan membuat kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Apakah kebaikannya apabila Darshan menjakankan tanggungjawab diri?
Darshan dapat menguruskan diri dengan berdikari tanpa bergantung pada orang lain. Dia dapat menjadi seorang yang berdisiplin. Selain itu, badannya akan menjadi sihat dan bersih. Darshan juga akan disayangi oleh ibu bapa, guru dan sahabat. Dia juga memastikan kebersihan kelas dijaga serta menyiapkan kerja sekolah agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Andaikan anda Darshan, apakah perasaan anda apabila dapat melaksanakan tanggungjawab diri? Mengapa?
Senang hati. Dapat melaksanakan semua tugasan dengan baik dan menjalankan kewajipan seorang anak dengan bertanggungjawab.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 2 Agama atau Kepercayaan Membentuk Keperibadian Mulia
1. Apakah perasaan anda apabila membaca maklumat tentang kepercayaan, perayaan dan cara hidup masyarakat Iban tersebut? Mengapa?
Bangga. Saya tinggal di sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian dan keunikan bangsa dan etnik. Saya dapat mengenali tentang kaum Iban lebih mendalam.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Bagaimanakah kepercayaan, perayaan dan cara hidup dapat membentuk keperibadian diri kaum Iban di Sarawak?
Kaum Iban mementingkan adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang memupuk sikap toleransi yang berteraskan hubungan persaudaraan yang erat. Mereka saling menolong dan bekerjasama tanpa bersikap individualistik.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 1 Sumber Moral Asas Pembentukan Akhlak Mulia
1. Huraikan sikap positif yang boleh dijadikan asas kepada prinsip-prinsip moral.
- Menjalankan tanggungjawab diri dengan bersungguh-sungguh supaya menjamin kesejahteraan hidup
- Mempunyai pemikiran yang positif dan rasional supaya tahu membezakan perbuatan yang benar dan buruk
- Bersikap jujur dan mempunyai semangat kekitaan agar membentuk masyarakat yang bersatu padu dan aman
- Mematuhi peraturan dan undang-undang supaya hidup dengan baik serta melakukan kebaikan bersama tanpa mementingkan diri sendiri
2. Bincangkan kepentingan sikap tersebut bagi membentuk insan bermoral.
- Melahirkan masyarakat yang matang agar mengelakkan pertelingkahan
- Membentuk masyarakat yang berpegang teguh pada ajaran agama
- Melahirkan rakyat yang produktif dan berkualiti
Saturday, November 18, 2017
Saturday, November 11, 2017
Wednesday, November 1, 2017
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 6 Jiran Sepakat Membawa Berkat
1. Adakah Encik Lam seorang jiran yang baik? Mengapa?
Encik Lam tidak memainkan peranan sebagai jiran dengan baik dan tidak menunjukkan teladan yang baik untuk anak sendiri kerana Encik Lam memandang rendah terhadap Encik Mok dan tidak membenarkan keluarganya untuk berkawan dengan keluarga Encik Mok akibat faktor kemiskinan.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Andaikan anda Encik Mok. Apakah perasaan anda jika mempunyai jiran seperti Encik Lam?
Tenang dan bersabar. Saya tetap akan melayan Encik Lam dan keluarganya dengan sopan dan ikhlas demi kesejahteraan hidup.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Huraikan kebaikan mempunyai jiran seperti Encik Mok.
- Mendapat bantuan ketika dalam kesusahan
- Menjamin keselamatan tempat tinggal bersama
- Memupuk semangat kejiranan
- Menjalin hubungan kejiranan yang baik
- Menjalani kehidupan dalam suasana yang harmoni
- Memupuk semangat perpaduan
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 7 Masyarakat Penyayang Tonggak Aspirasi Negara
1. Apakah sumbangan anda untuk membantu mangsa bencana alam di atas?
- Menderma makanan, minuman, pakaian, selimut dan sebagainya untuk mangsa bencana alam.
- Memberikan semangat dan nasihat untuk menenangkan perasaan mangsa bencana alam.
- Menghulurkan bantuan kewangan supaya meringankan beban mangsa bencana alam.
- Menyertai pasukan sukarelawan untuk menyelamatkan mangsa bencana alam.
- Membekalkan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada mangsa bencana alam.
- Berdoa untuk mangsa bencana alam.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Mengapakah masyarakat perlu menghulurkan bantuan kepada mangsa bencana alam tersebut?
- Meringankan beban dan penderitaan mangsa bencana alam
- Mengharungi cabaran dan dugaan bencana alam bersama-sama
- Memulihkan keharmonian negara bersama-sama
- Mengembalikan kehidupan mangsa bencana alam
- Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat
- Mewujudkan masyarakat yang prihatin dan penyayang
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 15 Hak Asasi Manusia Dilindungi Bersama
Bersyukur. Hak golongan di atas ini dapat dilindungi dan dihormati oleh pelbagai pihak bagi membantu mereka untuk menjalani kehidupan yang lebih sejahtera.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Apakah hak yang diperoleh oleh mereka berdasarkan luahan perasaan tersebut?
- Hak Wanita/ Hak untuk mendapat perlindungan
- Hak Pengguna/ Hak untuk mendapat ganti rugi
- Hak Orang Kurang Upaya/ Hak untuk mendapat peluang yang sama
- Hak Pekerja/ Hak untuk mendapat upah dan gaji
3. Sekiranya anda mengetahui perkara tersebut berlaku kepada orang lain, bagaimanakah anda boleh membantu mereka?
Saya akan memberitahu ibu bapa dan meminta ibu bapa membuat laporan kepada pihak yang berkuasa.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 9 Hargai Alam Warisan Kita
1. Pada pendapat anda, wajarkah aktiviti gotong-royong seperti di atas diteruskan pada masa hadapan? Mengapa?
Wajar. Aktiviti gotong-royong seperti di atas dapat memupuk sikap prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan murid.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Andaikan anda seorang daripada peserta yang terlibat dalam aktiviti di atas, ceritakan perasaan anda apabila dapat membantu membersihkan pantai tersebut.
Bangga dan gembira. Saya dapat menyumbang tenaga dan masa untuk membersihkan kawasan pantai.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Bagaimanakah masyarakat dapat membantu menjaga dan melindungi pantai supaya sentiasa bersih dan tidak tercemar?
Kita patutlah menyertai acara pembersihan pantai bersama-sama. Selain itu, kita haruslah mengelakkan perbuatan membuang sampah di tepi pantai sehingga menjejaskan hidupan marin.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 11 Adab di Tempat Awam Dijaga, Nikmat Hidup Dirasai Bersama
![]() |
| Negara Jepun |
![]() |
| Negara Jepun |
![]() |
| Negara Jepun |
![]() |
| Negara Malaysia |
![]() |
| Negara Malaysia |
![]() |
| Negara Malaysia |
![]() |
| Negara Singapura |
![]() |
| Negara Singapura |
![]() |
| Negara Singapura |
1. Jelaskan pengajaran yang diperoleh daripada sikap masyarakat tiga negara tersebut.
Kita haruslah sentiasa menjaga adab semasa berada di tempat awam. Contohnya, mengutamakan kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat agar tidak menyusahkan orang lain.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Sebagai murid, nyatakan amalan beradab yang boleh dipraktikkan di tempat awam.
Saya menjaga pertuturan dan kelakuan semasa di tempat awam. Selain itu, saya juga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di tempat awam.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Bincangkan amalan baik yang boleh dicontohi daripada masyarakat Malaysia, Singapura dan Jepun.
Amalan baik yang telah saya contohi ialah kesedaran tentang tanggungjawab untuk menjaga kebersihan di tempat awam, saling menghormati serta patuh akan segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 10 Gaya Hidup Sihat dan Selamat Menjamin Keharmonian Bersama
1. Bagaimanakah anda dan rakan-rakan mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat?
- Melakukan senaman
- Menyertai aktiviti kokurikulum
- Mendapat rehat yang mencukupi
- Mengambil makanan yang seimbang
- Menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah
2. Jelaskan perasaan anda apabila anda dan masyarakat sekeliling mengamalkan gaya hidup sihat dan selamat.
Gembira. Gaya hidup sihat dan selamat membawa impak positif kepada diri saya dan masyarakat sekeliling agar kita dapat hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah penyakit ataupun masalah sosial.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 8 Perkhidmatan Awam Pemangkin Pembangunan Negara
- Memberi penerangan dan bantuan teknikal kepada rakyat
- Menyalurkan pengetahuan dan pendidikan kepada rakyat
- Meningkatkan taraf kehidupan rakyat
- Membimbing rakyat ke arah pembangunan
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Sebagai seorang murid, apakah yang patut anda lakukan ketika berurusan dengan kakitangan agensi perkhidmatan awam tersebut?
Saya akan bercakap dengan sopan apabila berurusan dengan kakitangan agensi perkhidmatan awam.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
3. Jelaskan perasaan anda apabila perkhidmatan yang diberikan sangat efektif.
Bangga. Perkhidmatan yang sangat efektif dapat menjimatkan masa saya.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 14 Menangani Konflik Identiti Diri Asas Pembentukan Personaliti
![]() |
| Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 |
1. Jelaskan pengajaran yang anda peroleh daripada hasil wawancara di atas.
Kita harus mempunyai pegangan agama yang kuat dan berusaha menangani konflik identiti diri secara positif supaya mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara negatif.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Secara berpasangan, cadangkan cara untuk menangani konflik identiti diri.
- Mengamalkan gaya hidup sihat dan positif
- Menghayati ajaran agama
- Menyelesaikan masalah dengan tenang
- Mendapatkan nasihat daripada ibu bapa atau orang dewasa
Pendidikan Moral Tingkatan 2_Unit 13 Keselamatan di Jalan Raya Tanggungjawab Bersama
![]() |
| Sumber: Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 2 |
1. Mengapakah anda perlu mematuhi petua keselamatan seperti dalam brosur di atas?
Saya mematuhi petua keselamatan seperti dalam brosur di atas agar saya dapat mengelakkan diri daripada menimpa sebarang kecederaan atau kemalangan yang serius di jalan raya.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
2. Senaraikan petua lain untuk membantu anda menjaga keselamatan di jalan raya.
(Terima mana-mana jawapan yang munasabah)
Subscribe to:
Comments (Atom)










































